Cara aktifkan Maybankard visa debit
Ramai di antara kita yang tidak memiliki kredit atau debit kad, tetapi ramai yang memiliki kad ATM Maybank. Sekarang anda boleh tukar kad ATM Maybank (warna kuning) kepada Maybankard visa debit. Sila ke Maybank dan tukar segera. Maybankard visa debit dapat berfungsi sebagai kad ATM dan kad visa TETAPI anda perlu aktifkan dahulu sebelum ianya dapat menjadi kad visa debit.Panduan mengaktifkan Visa Maybankard
Di bawah ini ditunjukkan cara - cara mengaktifkan Visa debit card daripada Maybank untuk urusan internet. Anda hanya perlu melakukannya dengan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.
1. Masuk ke akaun Maybank2u anda.
2. Klik pada bahagian "Maybankard Secure Online Shopping Registration".
3. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik "submit".
Langkah 4. Pendaftaran KadDebit Maybank berjaya
Status Sucessful, bermakna kad debit anda sudah berfungsi sebagai kad VISA debit/kredit yang boleh digunakan untuk buat belian secara online.
5. Jika anda ada masalah, sila hubungi pusat khidmat pelanggan di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.
Dengan langkah- langkah tersebut, sekarang anda boleh menyertai biz international yang menggunakan credit/debit kad. Sekiranya ANDA masih tidak dapat aktifkan sendiri, sila ke Maybank & minta bantuan pegawai bank.
SELESAI